Berita Semasa

Friday, January 8, 2010

Motivasi Keluarga
















Anak Cemerlang Untuk Ibu Bapa yang Cemerlang

Setiap ibubapa pasti ingin melahirkan anak-anak yang positif,iaitu anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Namun,hal tersebut bukanlah perkara mudah,selagi ibu bapa tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang melayakkan mereka menjadi ibu bapa cemerlang.Hanya ibu bapa cemerlang sahaja yang mampu melahirkan zuriat yang cemerlang.
Menurut Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah menyatakan bahawa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang,maka beberapa prasyarat yang harus dipenuhi oleh ibu bapa tanpa mengenal penat dan jemu. Antara prasyarat tersebut ialah ;

1). Hendaklah membentuk keluarga menjadi keluarga yang diredhai Allah,yang didalamnya diturunkan hidayah yang mencurah-curah.Menurut alim ulama,antara sifat keluarga yang diredhai Allah ialah :
a). Seluruh ahli keluarga patuh beribadah kepada Allah.
b). Keluarga yang sentiasa beramal secara berjamaah-solat berjamaah,makan dan riadah
berjamaah.
c). Al-Quran dibaca setiap hari dalam rumahnya.
d). Seronok menerima kedatangan tetamu kerana tetamu itu membawa kerahmatan.
e). Banyak menyebarkan salam sesama ahli keluarga.
2). Ibu bapa 'wajib' cemerlang iaitu ibu bapa yang sentiasa bertaubat,solat sunat dan berlemah lembut terhadap keluarga.
3). Ada ketrampilan keibubapaan dan ada kemahiran untuk memotivasikan anak.
4). Berupaya mewujudkan suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang dalam keluarga.
5). Rezeki yang diperolehi mestilah rezeki yang halal dan berkat.
6). Mendapat sokongan yang positif daripada saudara mara dan jiran tetangga.
7). Mempunyai imej diri yang positif.
8). Menggunakan 'sumber' secara optimum seperti doa dan sebagainya.
9). Anak-anak mesti ada ketrampilan keanakan yang baik dan positif.
10). Ibu bapa perlu berkorban untuk anak-anak dengan mengawal perkembangan anak-anak.
11). Wujud budaya cintakan ilmu dan buku.
12). Ibu bapa hendaklah menjadi model dan contoh kepada anak-anak.
13). Ibu bapa kena mantapkan rohani dan kejiwaan.

Sekiranya hal ini diprogramkan pada setiap hari,maka ia akan berlanjutan pada setiap minggu dan akhirnya terbentuklah anak-anak yang positif dan cemerlang.
(Dipetik daripada Majalah Nur ,Ogos 2003)

 
©  free template by Blogspot tutorial