Berita Semasa

Thursday, January 22, 2009

Siri 111: Kekejaman Israel











Penjajahan Era Baru Dunia



i). Menuju Perang Peradaban dan Pemikiran


Interaksinya selama berabad-abad dengan peradaban Islam, penjajah tahu betul betapa Islam adalah agama yang memiliki peradaban moden. Ideologinya tidak hanya mampu mengungguli kekuatan tentera Barat, namun juga mengungguli peradaban dan intelektualiti mereka sekaligus. Kerana itu, ancaman peradaban Islam seperti ucapan jujur Prof Dr Huntington dalam “The Clash of Civilization and the Remaking of World Order” (1996) adalah suatu yang rasional. Atas pengalaman berharga itu, penjajah kemudian mengganti strateginya. Strategi baru pasca Perang Salib itu adalah melalui jalan perang peradaban dan pemikiran (ghazwul fikri).





Penjajahan berwajah baru ini tak kalah liciknya dengan penjajah konvensional. Dr Ali Mohd Garisyah dan Mohd Syarif Azzibaq, dalam bukunya “Asalibu Ghazwil Fikri lil `alamil Islami (Metode-metode Perang Pemikiran Terhadap Islam)” mengatakan, salah satu tahap penjajah pemikiran tersebut diantaranya adalah membangun pusat kajian-kajian KeIslaman di Barat (Orientalisme). Lalu, menyebarkan misi Kristian dengan mengirim misionari untuk menyingkirkan khilafah Islam di negeri-negeri muslim. Menurutnya, Kajian Ketimuran (orientalisme) itu bertujuan mendukung dan membantu usaha perluasan daerah yang dilakukan oleh penjajah. "Kajian-kajian seperti itu secara disengaja untuk memisahkan ummat Islam dari sumber ajaran Islam yang murni. Dan menimbulkan rasa menyerah dan kerdil berhadapan dengan cara hidup barat dan nilai barat." Laporannya, kajian seperti itu telah melahirkan banyak tokoh dan bahkan dikagumi oleh pakar-pakar di dunia Islam sendiri. Di Mesir diantaranya muncul Taha Husin, Kasim Amin (pelopor women liberalisme, Husin Fauzi, Ali Abdur Raziq dan banyak lagi. Secara sengaja, mereka melakukan pengkajian dan penerbitan buku-buku yang berbahaya bagi ajaran Islam.





Beberapa karya kaum oreintalis yang dianggapnya mengandungi banyak kekeliruan dan mengaburkan ajaran Islam adalah Dasiratul Ma'aruf Al Islamiah, Al Munjid Fillughah Wal Ulum Wal Adab, Al Mausu'ah `Arabiah Al `Muyassarah. Cara-cara yang dipakai oleh gereja dalam menyebarkan misi, dikutip Dr Ali Mohd Garisyah dan Mohd Syarif Azzibaq, termasuk diantaranya adalah membuka sekolah teologi dan biarawati. Gereja juga secara sengaja mengirim biasiswa kepada anak-anak jajahan yang jelas beragama Islam untuk melanjutkan pelajaran mereka di Barat. Dengan begitu anak-anak itu bakal berpola pemikiran Kristian dan mendukung misi. Ketua Jabatan Akidah Dan Filsafat, Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir, Prof. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pernah menelusuri kelicikan penjajahan ideologi kaum Kristian dan Barat itu. Menurutnya, mereka biasa mengirim pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Kelak setelah lulus, kebanyakan mahasiswa ini akan menjadi orang jahil pada agamanya. "Mereka membangga-banggakan budaya Barat dan menghilangkan ajaran agama," begitu ujarnya. Dr. Abdurrahman Mas'ud mengatakan, kajian keislaman di Barat (orientalisme) adalah hasil persekongkolan gereja dengan penjajah. "Kajian Islam di Barat pada mulanya sarat dengan kepentingan missionari dan kolonialisme, sekaligus sebagai tunjang pencarian "kelemahan'' Timur dan Islam serta pengukuhan penjajahan Barat atas dunia Timur dan Islam," ujar bekas pascasarjana IAIN Wali Songo itu dalam tulisannya di sebuah akhbar harian. Ungkapan senada datang dari Edward Said.





Dalam bukunya Orientalism, ia mengatakan, kajian orientalisme adalah gerakan kolonial dan missionari yang dibungkus keilmuan. Dengan demikian tidaklah terlalu penting kawalan tentera untuk menjajah. Sebab, dengan “devide et empera”, kekuatan akan lemah dan saling bermusuhan sendiri. Tidaklah menghairankan, bila saat menghancurkan Aceh, penjajah Belanda mengirimkan seorang bernama Snouck Hourgronje. Snoucklah peletak dasar strategi menghancurkan Islam oleh Belanda. Snouck secara sengaja belajar Islam bahkan sampai mengaku masuk Islam. Ia belajar di Makkah Al-Mukarramah selama enam tahun dengan memakai nama samaran Abdul Ghaffar. Walau sikap kepura-puraan Snouck akhirnya terbongkar, tapi pola penjajahan dengan cara ghazwul fikri seperti itu terus berkembang hingga kini.





ii). Budaya Hiburan




Wajah baru penjajahan juga berbentuk budaya. Misalnya, penyebaran filem-filem, iklan, majalah, video klip, internet termasuk gaya hidup (life style). Jangan hairan bila muzik-muzik Barat seperti; rock, underground, heavymetal, R&B secara perlahan-lahan menggeser muzik-muzik Islam. Melalui budaya, Amerika memaksakan keinginan. Penjualan filem-filem Hollywood ke negeri ketiga, khususnya Islam berleluasa.Secara cepat pula industri filem yang didominasi Yahudi ini kemudian menjadi “trendsetter” gaya hidup umat manusia di seluruh dunia. Secara cepat pula, gaya hidup Barat dan Hollywood menjadi peradaban baru. Dengan helah globalisasi, seolah-olah apa yang kita tonton, dan yang kita makan dan apa yang kita pakai atau dikenal dengan slogan 3 F (food, fashion, and fun), haruslah memakai standart Barat dan Hollywood. Dalam bukunya Jihad vs McWorld, Benjamin R. Barber mengatakan, apa yang terjadi di dunia hari ini adalah pem-Barat-an budaya (westernisasi). MTV, McDonald, seluar jeans, musik rock , dan R & B dan filem-filem Hollywood kini dinikmati oleh warga dunia ketiga.





Budaya Barat tidak lagi milik segolongan orang Amerika, tapi sudah milik dunia. Termasuk negeri-negeri Islam. Apa yang menjangkiti dunia Islam hari ini adalah berkembangnya budaya hiburan . Indikasinya adalah eksploitasi aurat dalam media massa termasuk dalam TV kita. Hampir semua media yang membanjiri dewasa ini akan mengeksploitasi darjat rendah kaum hawa. Filem-filem seperti Beverly Hills, Dawson Creek, dan Melrose Place seolah-olah tontonan maha penting bagi semua orang dibanding rancangan ilmu pengetahuan. Info Selebriti, atau gosip artis, seolah begitu berharga dibanding berita penting lainnya dalam kehidupan. Semua itu, secara langsung masuk ke kamar kita secara bebas.





Terhadap mereka yang menerima gaya hidup Barat, mereka memberi jolokan Islam yang moderat, akomodatif, modernis, toleran, dan demokrat. Yang menolaknya disebut Islam radikal, fundamentalis atau Islam literal. Akibatnya begitu dahsyat. Keruntuhan moral melanda generasi muda. Seks bebas, dan hiburan melampau sudah menjadi sesuatu yang biasa di mata para remaja. Entah bagaimana nasib ummat ini ke depan bila tunas-tunas mudanya terus seperti itu.

Wednesday, January 7, 2009

Siri 11 : Kekejaman Israel




Konspirasi Kristian dengan Yahudi Untuk Menghancurkan Islam


Berkali-kali mereka bersekongkol, hingga kini. Makin canggih dan licik. "Mengapa Islam kerap menghadapi banyak cubaan dan serangan dari musuh yang tiada henti-hentinya? Tapi mengapa pula Islam selalu terjaga dari segala cubaan dibanding agama lain yang banyak berakhir dengan suasana yang menyedihkan?" Mungkin jawapan kita pelbagai ragam. Ulama besar Syaikh Abu Hasan Ali An-Nadwi, menyimpulkan dua hal penting;
Pertama: Islam memiliki kekuatan yang dinamik dan serasi dengan situasi zaman sehingga mampu memberikan alternatif terhadap segala persoalan. Kedua : Kerana Allah swt telah menjamin akan menjaga Islam dengan cara melahirkan para pendakwah yang hebat. Karenanya, seberat apapun serangan yang ditujukan kepada Islam, ummat ini tidak akan pernah mengalami kekosongan mujadid (pejuang agama)di akhir zaman. Benar, sejak kehadirannya 1400 tahun lalu, agama ini telah mengalami serangkaian cubaan berat. Sejak awal, Islam selalu menghadapi serangan-serangan dari segala penjuru di mana agama lain tidak pernah menghadapinya.












Menurut istilah Syaikh Abu Hasan Ali An-Nadwi, andaikata bukan Islam, belum tentu agama lain sanggup menghadapinya. Serangan dengan bentuk kekerasan fizikal, emosi , revolusi serta sampai dengan bentuk pencampuran ideologi oleh para konspirator untuk merosak Islam telah banyak dicuba. Bahkan terus berlangsung hingga hari ini. Tahun 1917, dengan sangat tidak elegan kaum Kristian bersekongkol dengan negara Barat dan Eropah telah mengeroyok Islam secara beramai-ramai untuk merebut kota Baitul Maqdis.






Persekongkolan itu merupakan usaha yang kesekian kali, setelah selama kurang lebih 90 tahun selalu dipatahkan tentera Islam. Tidaklah hairan, ketika Baitul Maqdis jatuh atas konspirasi jahat, dengan bangganya General Gouron, seorang pemimpin panglima pasukan Perancis berteriak sambil menginjak-injak pusara pahlawan Islam dalam perang Salib, Salahuddin Al-Ayyubi. "Kami telah kembali, wahai Saladin", ucapnya. "Dan sejak saat ini, Perang Salib (crusade) sudah selesai," tambah Lord Allenby, komandan gabungan pasukan sekutu Inggeris, Perancis, Itali, Rumania dan Amerika. Itulah kekalahan Islam di Jerusalem atas konspirasi jahat kaum Kristian, bangsa Barat dan Eropah.






Semenjak itu, Palestin dan Baitul Maqdis selalu menjadi objek keserakahan sebahagian negara Barat, Eropah dan Yahudi. Pernyataan Lord Allenby yang banyak menjadi tajuk (headline)akhbar Inggeris ketika itu memang telah menandai berakhirnya istilah Perang Salib (crusade). Tapi dalam kenyataannya, semangat Perang Salib terus menandai Kristian, bangsa Barat dan Eropah untuk melakukan penjajahan atas negeri-negeri lain di dunia ketiga. Utamanya negeri-negeri yang jelas majoriti penduduknya Muslim. Seperti yang telah banyak dicatatkan dalam tinta sejarah, bagaimana misi Kristian masuk ke Nusantara pada abad 15-16 bersamaan dengan misi penjajah Eropah (Portugis) ke dunia Timur. Dengan jelas, misi penjajah itu selain melakukan penaklukan wilayah juga mengembangkan agama Kristian. Semboyannya yang terkenal iaitu "Tiga-G": gold, glory, gospel (emas, kejayaan, misi Kristian).












Sejarawan Dr Aqib Suminto dalam bukunya, "Politik Islam Hindia Belanda" menulis bahawa agama Kristian mula diperkenalkan oleh para pelaut Portugis yang datang ke dunia Timur pada abad ke-16, sambil membawa semangat Perang Timur. Penaklukan itu dimulai oleh persyarikatan dagang Belanda yang diberi nama VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) untuk mencari rempah-ratus. Sambil berdagang, VOC tidak melupakan misi penyebaran agama Kristian dalam setiap ekspedisinya. Setelah berhasil mengatasi Katolik, pemerintah Belanda memusatkan perhatian menghadapi kelompok pribumi yang beragama Islam.






Sebab, menurut Aqib Suminto, bagi Belanda penghalang utama kekuasaan kolonialnya adalah agama Islam dan penganutnya. "Pidato tahunan raja bulan September 1901 —yang menggambarkan jiwa Kristian— menyatakan mempunyai kewajiban dan tanggungjawab moral kepada rakyat Hindia Belanda, yakni memberikan bantuan lebih banyak kepada penyebaran agama Kristian," tulis Aqib.






Adalah ucapan yang menarik dari D'Albuquerqe saat menduduki Malaka, "Tugas besar yang harus kita abdikan kepada Tuhan kita dalam mengusir orang-orang Moor (sebutan untuk orang Muslim) dari negara ini dan memadamkan api(cahaya) Muhammad sehingga ia tidak muncul lagi sesudah ini". Ucapan ini mirip dengan pidato tertinggi Panglima Sepanyol, Figueroa di depan pasukannya saat menjajah wilayah Muslim Mindanao, "Kita berdiri di atas tanah bangsa Sepanyol yang baru. Menakluki hutan yang gelap ini dan menguasai tanah kafir-Muslim adalah misi kita. Mereka menyerah sebagai budak dan murtad atau jatuh di bawah pedang bangsa Sepanyol. Majulah untuk misi kita demi Raja dan Negara." Misi Kristian, meskipun tidak menjadi prioriti utama —seperti halnya masa lalu— sering berjalan seiring dengan semangat penjajahan (kolonialisme). Gereja Barat, dan bangsa Eropah tahu betul, hanya dengan mengganti agama Islam dengan agama lain, misi penjajahan akan terlaksana di negeri-negeri Islam.












Sebab Islam tak ubahnya sebuah keyakinan yang hanya melahirkan orang-orang kuat dengan kepatuhan agama. Tidaklah berlebihan bila mantan Perdana Menteri Inggeris, yang sangat berkuasa di tahun 1882, Gladstone. Sambil membawa salinan al-Qur'an, penganut gereja Anglikan ini berbicara di depan ratusan anggota Parlimen Inggeris ketika itu. "Percuma memerangi ummat Islam, dan tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam masih bertunggak al-Qur'an. Tugas kita adalah mencabut al-Qur'an di hati mereka. Dan kita akan menang menguasai mereka," ucapnya. Ucapan Gladstone itu kemudian menjadi rujukan penting Kerajaan Inggeris tentang bagaimana cara menundukkan negeri-negeri Islam di wilayah jajahannya, termasuk terhadap Mesir.

Saturday, January 3, 2009

Siri 1 : Kekejaman Israel



Sejarah Yahudi dan bakal kehancurannya...


"Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata : Hai muslim ! Hai hamba Allah ! Ini Yahudi dibelakangku, kemarilah aku, bunuhlah dia ! Kecuali pohon ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohon orang Yahudi." (HR. Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lu'lu' wa al-Marjan III/308)
Fenomena pertentangan antara ummat Islam dan Yahudi di Palestin semakin meningkat. Berbagai tindakan kekerasan terhadap ummat Islam tak pernah berakhir, sekalipun bangsa-bangsa di dunia telah mengutuknya. Pengakuan Yahudi atas Jerusalem, ternyata menimbulkan kesalahfahaman ummat Islam dalam menyingkapi siapa Yahudi, dengan menbandingkan Yahudi zaman dahulu dan sekarang. Mereka menyamakan Yahudi dahulu yang beriman kepada Musa `Alaihis salaam (as) dengan Yahudi sekarang. Penyamaan sikap ini membawa akibat buruk samada dalam aspek aqidah maupun amal. Ada beberapa hal penting seperti dijelaskan dalam syariat dan sejarah;
Pertama, sesungguhnya Bani Israil yang mengimani ajaran Musa a.s berbeza dengan Yahudi sekarang. Yahudi dahulu terdiri dari kaum Muslim dan Mukmin. Sedangkan sekarang terdiri dari kaum kafir, musyrik, dan penentang ajaran Musa yang telah keluar dari syariatnya. Bani Israil adalah keturunan Ya'qub Alaihissalam. Ibrahim pernah berwasiat kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. Ibrahim berkata: "Hai anak-anakku, Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam." (al-Baqarah: 132). Yusuf a.s juga menegaskan hal yang sama,"Dan aku mengikuti agama bapa-bapaku iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah." (Yusuf : 38)
Ini sama dengan pesanan Allah tentang orang-orang Yahudi yang mengimani ajaran Musa a.s. "Dan Kami jadikan di antara mereka (Bani Israil) itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami (QS. Sajdah : 24) Ayat lain mengatakan, "Dan sungguh telah Kami pilih mereka dengan pengetahuan (kami) atas bangsa-bangsa." (ad-Dukhan: 32)
Adapun orang-orang Yahudi yang keluar dari ajaran Musa, secara automatik mereka telah jatuh pada kemusyrikan. Mereka yang musyrik itu seperti disebut dalam ayat-ayat berikut ini: “Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu (al-Maidah: 64). “mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah,” (at-Taubah: 31). “Orang-orang Yahudi berkata : Uzair itu putera Allah,” (at-Taubah: 30). Jadi, Yahudi sekarang tidak ada kaitannya dengan Yahudi yang beriman kepada Musa a.s.
Kedua : Adapun pengakuan mereka terhadap bumi Palestin, itu merupakan pengembangan dari kekufuran mereka terhadap Musa a.s. dan nabi-nabi sesudahnya. Mereka telah keluar dari tauhid dan syariat Musa a.s. Kedua : Kebanyakan Yahudi sekarang bukan berasal dari Bani Israil. Orang-orang Yahudi yang merampas wilayah Palestin sekarang, bukan berasal dari keturunan yang dulu pernah bersama-sama hidup dengan Musa a.s.
Sekarang, Yahudi keturunan Israil, yang dikenal dengan sebutan Safaradim, tidak lebih dari 20% jumlahnya di dunia. Komuniti inipun percampuran dari berbagai etnik lain karena pernikahan dll. Sebahagian kecil dari jumlah di atas, bukanlah asli keturunan Bani Israil.
Adapun majoriti kaum Yahudi di dunia yang mencapai 80%, itu berasal dari Eropah dan berbagai negara di dunia. Mereka dikenal dengan sebutan Al-Asykanazim, dimana mereka memasuki ajaran Yahudi yang sarat dengan paganisme. Bukti sejarah di atas menjadi jelas bahwa kaum Yahudi sekarang adalah penjajah. Mereka tidak berhak atas kepemilikan bumi Palestin, karena telah keluar dari ajaran Musa a.s yang benar dan mengubah-ubah kitab Taurat. Palestin adalah bumi kaum muslimin, tidak berhak bagi bangsa lain untuk memilikinya.
Sesungguhnya, Palestin bukanlah milik Bani Israil, tetapi milik kaum Jabbariyin yang hidup sebelum Bani Israil. Allah mengizinkan kepada Bani Israil untuk memasuki wilayah Palestin, jika mereka masih komitmen terhadap ajaran yang benar. Jika tidak, secara automatik keizinan tinggal dari Allah di Baitul Makdis telah dicabut.
Ketiga: Sesungguhnya sifat dasar Yahudi yang diabadikan dalam al-Quran dari masa ke masa adalah pengkhianat, penakut, provokator, pencetus permusuhan, penipu, sombong dll. Sikap itu terlihat ketika mereka menyakiti Musa a.s. dan keluar dari ajaran Taurat. Itulah sikap dasar yang tertanam secara turun temurun. Sehingga sifat-sifat tercela mereka sebagai sebahagian dari agama mereka yang selalu berkembang dengan perubahan. Mereka tanamkan ajaran berbahaya itu kepada anak cucu mereka dan kepada orang yang masuk agama mereka.
Hanya sebahagian kecil saja dari mereka yang masih memiliki komitmen terhadap Musa a.s ( al-Maidah: 59 dan 62). Di antara mereka ada golongan pertengahan (al-Maidah: 66).
Kehancuran Yahudi
Hadits di atas mengajarkan kepada kita untuk merancang masa depan, sekalipun masa depan itu sesuatu yang ghaib dan yang bisa mengetahui hal-hal ghaib, hanyalah Allah. (QS. an-Naml: 65).

Tetapi Allah mempunyai sunnatullah yang berlaku pada diri manusia. Ungkapan hadits di atas menjelaskan, peperangan yang akan terjadi bukanlah peperangan ‘lokal’ antara orang Yahudi dan Muslim Palestin. Tetapi awal peperangan terhadap Yahudi yang sekarang mendominasi dunia.
Apabila terjadi pertarungan global dan ummat Islam memperoleh kemenangan sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w, maka ini akan mengubah sejarah para penguasa Yahudi di dunia. Bila terjadi kekalahan, maka tidak ada lagi satu kekuasaan pun yang tertinggal untuk orang Yahudi di dunia. Ketika itu kepemimpinan dunia akan berubah dengan konsep lain yang sesuai dengan fitrah manusia. Jahiliyah moden sudah lama menyimpan berbagai penyakit karena mengingkari Allah dan akhirat.
Dimana-mana terjadi penganiayaan, permusuhan, penyelewengan moral dan peperangan yang menghancurkan. Berbagai ‘isme’ yang lain telah gagal dalam menghantarkan manusia moden menuju pintu gerbang kebahagiaan. Kini, manusia telah dijangkiti penyakit jiwa yang sangat teruk . Mereka kehilangan harapan, kecewa, selalu dibayangi ketakutan dll. Mereka menunggu terwujudnya pandangan hidup yang bisa mencerdaskan akal, mencerahkan hati dan memperbaiki akhlaq mereka.
“Akan terjadi Nubuwwah padamu sesuai dengan kehendak Allah. Lalu Allah akan mengangkat (melenyapkan-Nya) jika Dia menghendakinya. Setelah itu, akan muncul khilafah yang sesuai dengan manhaj nubuwah. Maka sesuai dengan kehendak Allah, ia akan berada, lalu Allah akan melenyapkan jika Ia menghendaki. Kemudian akan datang raja yang zalim. Maka iapun akan beraja sesuai dengan kehendak-Nya. Kemudian akan ada raja yang baik, maka iapun muncul sesuai dengan kehendak Allah, kemudian ia lenyap, jika Allah menghendaki. Baru setelah itu akan timbul kembali khilafah di atas manhaj nubuwah.” (HR. Ahmad dari Hdzaifah al-Yaman).
Berbeza dengan sebahagian orang Muslim, orang-orang Yahudi yakin dengan wasiat Rasulullah itu. Sampai hari ini, mereka memperbanyak menanam pohon ghorqod di kebun-kebun mereka. Mereka mengambil pengalaman dari berbagai peperangan dengan kaum muslimin pada masa Rasulullah ataupun masa intifadhah akhir-akhir ini. Pengalaman itu membuat Yahudi berusaha menghadang lajunya gerakan Islam di dunia. Bahkan, simbol Yahudi internasional yang berbentuk seperti garpu, itu sesungguhnya simbol pohon ghorqod.
Yang menjadi catatan, apakah peperangan di bumi Baitul Maqdis merupakan bakal peperangan global Yahudi melawan Islam? Apalagi Yahudi dari berbagai belahan dunia telah berkumpul di satu tempat, sehingga mudah dihancurkan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila terjadinya peperangan yang menentukan nasib terakhir kaum Yahudi itu. Yang terpenting bagi ummat Islam sekarang adalah melakukan persediaan dan berjihad melawan Yahudi. Nas syariah dan bukti sejarah menunjukkan, perang melawan kekufuran akan senantiasa berlanjutan. (QS. al-Baqarah 120 dan 109, Ali-Imran: 118). Sehingga Allah akan menolong ummat Islam, bila mereka memenuhi persyaratan untuk ditolong. Kita hanya mampu berdoa dan bekerja keras dalam menegakkan syariat Islam dimuka bumi ini. Keputusan terakhir kita serahkan kepada Allah. `Alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib.•


" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur'an: Al-Baqarah:120)


 
©  free template by Blogspot tutorial