Berita Semasa

Wednesday, January 7, 2009

Siri 11 : Kekejaman Israel




Konspirasi Kristian dengan Yahudi Untuk Menghancurkan Islam


Berkali-kali mereka bersekongkol, hingga kini. Makin canggih dan licik. "Mengapa Islam kerap menghadapi banyak cubaan dan serangan dari musuh yang tiada henti-hentinya? Tapi mengapa pula Islam selalu terjaga dari segala cubaan dibanding agama lain yang banyak berakhir dengan suasana yang menyedihkan?" Mungkin jawapan kita pelbagai ragam. Ulama besar Syaikh Abu Hasan Ali An-Nadwi, menyimpulkan dua hal penting;
Pertama: Islam memiliki kekuatan yang dinamik dan serasi dengan situasi zaman sehingga mampu memberikan alternatif terhadap segala persoalan. Kedua : Kerana Allah swt telah menjamin akan menjaga Islam dengan cara melahirkan para pendakwah yang hebat. Karenanya, seberat apapun serangan yang ditujukan kepada Islam, ummat ini tidak akan pernah mengalami kekosongan mujadid (pejuang agama)di akhir zaman. Benar, sejak kehadirannya 1400 tahun lalu, agama ini telah mengalami serangkaian cubaan berat. Sejak awal, Islam selalu menghadapi serangan-serangan dari segala penjuru di mana agama lain tidak pernah menghadapinya.












Menurut istilah Syaikh Abu Hasan Ali An-Nadwi, andaikata bukan Islam, belum tentu agama lain sanggup menghadapinya. Serangan dengan bentuk kekerasan fizikal, emosi , revolusi serta sampai dengan bentuk pencampuran ideologi oleh para konspirator untuk merosak Islam telah banyak dicuba. Bahkan terus berlangsung hingga hari ini. Tahun 1917, dengan sangat tidak elegan kaum Kristian bersekongkol dengan negara Barat dan Eropah telah mengeroyok Islam secara beramai-ramai untuk merebut kota Baitul Maqdis.






Persekongkolan itu merupakan usaha yang kesekian kali, setelah selama kurang lebih 90 tahun selalu dipatahkan tentera Islam. Tidaklah hairan, ketika Baitul Maqdis jatuh atas konspirasi jahat, dengan bangganya General Gouron, seorang pemimpin panglima pasukan Perancis berteriak sambil menginjak-injak pusara pahlawan Islam dalam perang Salib, Salahuddin Al-Ayyubi. "Kami telah kembali, wahai Saladin", ucapnya. "Dan sejak saat ini, Perang Salib (crusade) sudah selesai," tambah Lord Allenby, komandan gabungan pasukan sekutu Inggeris, Perancis, Itali, Rumania dan Amerika. Itulah kekalahan Islam di Jerusalem atas konspirasi jahat kaum Kristian, bangsa Barat dan Eropah.






Semenjak itu, Palestin dan Baitul Maqdis selalu menjadi objek keserakahan sebahagian negara Barat, Eropah dan Yahudi. Pernyataan Lord Allenby yang banyak menjadi tajuk (headline)akhbar Inggeris ketika itu memang telah menandai berakhirnya istilah Perang Salib (crusade). Tapi dalam kenyataannya, semangat Perang Salib terus menandai Kristian, bangsa Barat dan Eropah untuk melakukan penjajahan atas negeri-negeri lain di dunia ketiga. Utamanya negeri-negeri yang jelas majoriti penduduknya Muslim. Seperti yang telah banyak dicatatkan dalam tinta sejarah, bagaimana misi Kristian masuk ke Nusantara pada abad 15-16 bersamaan dengan misi penjajah Eropah (Portugis) ke dunia Timur. Dengan jelas, misi penjajah itu selain melakukan penaklukan wilayah juga mengembangkan agama Kristian. Semboyannya yang terkenal iaitu "Tiga-G": gold, glory, gospel (emas, kejayaan, misi Kristian).












Sejarawan Dr Aqib Suminto dalam bukunya, "Politik Islam Hindia Belanda" menulis bahawa agama Kristian mula diperkenalkan oleh para pelaut Portugis yang datang ke dunia Timur pada abad ke-16, sambil membawa semangat Perang Timur. Penaklukan itu dimulai oleh persyarikatan dagang Belanda yang diberi nama VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) untuk mencari rempah-ratus. Sambil berdagang, VOC tidak melupakan misi penyebaran agama Kristian dalam setiap ekspedisinya. Setelah berhasil mengatasi Katolik, pemerintah Belanda memusatkan perhatian menghadapi kelompok pribumi yang beragama Islam.






Sebab, menurut Aqib Suminto, bagi Belanda penghalang utama kekuasaan kolonialnya adalah agama Islam dan penganutnya. "Pidato tahunan raja bulan September 1901 —yang menggambarkan jiwa Kristian— menyatakan mempunyai kewajiban dan tanggungjawab moral kepada rakyat Hindia Belanda, yakni memberikan bantuan lebih banyak kepada penyebaran agama Kristian," tulis Aqib.






Adalah ucapan yang menarik dari D'Albuquerqe saat menduduki Malaka, "Tugas besar yang harus kita abdikan kepada Tuhan kita dalam mengusir orang-orang Moor (sebutan untuk orang Muslim) dari negara ini dan memadamkan api(cahaya) Muhammad sehingga ia tidak muncul lagi sesudah ini". Ucapan ini mirip dengan pidato tertinggi Panglima Sepanyol, Figueroa di depan pasukannya saat menjajah wilayah Muslim Mindanao, "Kita berdiri di atas tanah bangsa Sepanyol yang baru. Menakluki hutan yang gelap ini dan menguasai tanah kafir-Muslim adalah misi kita. Mereka menyerah sebagai budak dan murtad atau jatuh di bawah pedang bangsa Sepanyol. Majulah untuk misi kita demi Raja dan Negara." Misi Kristian, meskipun tidak menjadi prioriti utama —seperti halnya masa lalu— sering berjalan seiring dengan semangat penjajahan (kolonialisme). Gereja Barat, dan bangsa Eropah tahu betul, hanya dengan mengganti agama Islam dengan agama lain, misi penjajahan akan terlaksana di negeri-negeri Islam.












Sebab Islam tak ubahnya sebuah keyakinan yang hanya melahirkan orang-orang kuat dengan kepatuhan agama. Tidaklah berlebihan bila mantan Perdana Menteri Inggeris, yang sangat berkuasa di tahun 1882, Gladstone. Sambil membawa salinan al-Qur'an, penganut gereja Anglikan ini berbicara di depan ratusan anggota Parlimen Inggeris ketika itu. "Percuma memerangi ummat Islam, dan tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam masih bertunggak al-Qur'an. Tugas kita adalah mencabut al-Qur'an di hati mereka. Dan kita akan menang menguasai mereka," ucapnya. Ucapan Gladstone itu kemudian menjadi rujukan penting Kerajaan Inggeris tentang bagaimana cara menundukkan negeri-negeri Islam di wilayah jajahannya, termasuk terhadap Mesir.

0 comments:

 
©  free template by Blogspot tutorial