Berita Semasa

Tuesday, August 24, 2010

Sempena Nuzul Al-Quran 2010M/1431H























PESONA AYAT SUCI AL-QURAN


Kisah 1). Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabatnya yang bernama Abdullah bin Mas'ud supaya membaca Al-Quran di hadapannya. Sebagaimana yang diketahui Ibnu Mas'ud adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan Qiraatnya yang bagus dan tarannum yang amat merdu.

Ibnu Mas'ud membaca beberapa ayat dari surah An-Nisa'.Tetapi setelah sampai ayat 41, Rasulullah s.a.w meminta Ibnu Mas'ud supaya berhenti membacanya ,kerana air matanya telah bercucuran terharu.Ayat 41 Surah An-Nisa' bermaksud "Betapa dahsyatnya keadaan di kala itu(hari akhirat),bila Kami (Allah) menghadirkan seorang saksi bagi setiap ummat,dan engkau (Muhammad) kami hadirkan juga sebagai saksi bagi mereka".

Rasulullah s.a.w tak tahan mendengar ayat itu,bagaimana kalau Baginda nanti menjadi saksi kelak bagi ummatnya yang sudah rosak akhlaknya,bagaimana nanti dia dihadirkan sebagai saksi bagi ummat yang kafir durjana dan apakah Baginda tahan melihat ummatnya yang derhaka itu dihumban ke Neraka?Semua itu terbayang di benak fikiran Baginda s.a.w dan kerana itulah baginda menangis.."cukup,cukup,cukup,sampai di sini saja wahai Ibnu Mas'ud",kata rasulullah s.a.w .Baginda sungguh terharu dan tersentuh hatinya dengan ayat tersebut....

Sabda Nabi s.a.w "Al-Qur'an diturunkan di atas dasar lima perkara iaitu halal,haram,muhkam(ayat yang jelas maknanya),mutasyabih(ayat yang samar maknanya) dan amsal(perumpamaan). Maka beramallah kamu dengan perkara yang halal dan jauhilah oleh kamu perkara yang haram,ikutilah mana-mana ayat yang jelas maknanya dan berimanlah dengan ayat yang samar maknanya,dan ambillah tauladan daripada ayat yang menjadi perumpamaan'(hadis riwayat al-baihaqi daripada Abu Hurairah)
Jesteru itulah ,kita mestilah beramal dengan Al-Quran dengan erti kata yang sebenarnya bagi mendapat keredhaan Allah Taala ..
















Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Ramadhan..


Sabda Nabi s.a.w "Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat dahulu sebelumnya,iaitu ;
i). Bau mulut orang yang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah Taala.
ii). Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
iii). Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailaturqadar.
iv). Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda,melainkan puasa ianya bagi-Ku,Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya ,makan minumnya kerana Aku.
v). Mereka dikurniakan nikmat,kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.

 
©  free template by Blogspot tutorial