Berita Semasa

Tuesday, May 3, 2011

SELAMAT HARI IBU 2011



KASIH IBU KASIH SEJATI..

Dari Abu Hurairah r.a,katanya ada seorang datang kepada Rasulullah s.a.w ,kemudian bertanya;

"Siapakah orang yang paling berhak ku layan dengan baik?".Rasulullah s.a.w menjawab ; "Ibumu"..Lelaki itu bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?".Rasulullah s.a.w menjawab ;"Ibumu".Lelaki itu bertanya lagi ;"kemudian siapa ?"Rasulullah s.a.w menjawab;" Ibumu".Lelaki itu bertanya lagi;kemudian siapa?'.Rasulullah s.a.w menjawab ;"ayahmu".


Berdasarkan hadis ini, kasih sayang kita kepada ibu kita sepatutnya tiga kali ganda berbanding ayah.Ini kerana Rasulullah s.a.w menyebut tiga kali mengenai orang yang berhak dilayan dengan baik iaitu Ibu...

Ini pun masih dikira wajar jika hendak dikirakan dengan jasa ibu berbanding ayah. Ibu bersusah payah mengandungkan anak selama 9 bulan lebih dan bertarung nyawa ketika melahirkan ..seterusnya penat lelah menyusu dan menguruskan anak yang kecil...serta pelbagai kesusahan dalam membesarkan,mendidik dan membimbing anaknya sehingga dewasa.

Kita sebagai anak hendaklah berbuat ihsan (baik) kepada Ibu kita selagi hayat dikandung badan..berbaktilah semasa ibu kita masih ada di dunia ini..kelak kita akan menyesal di kemudian hari..
Antara perkara yang termasuk dalam Ihsan ialah :
1). Patuh kepada Ibu dan tidak derhaka kepadanya.
2). Menyenangkan hati Ibu dan tidak bermuka masam ketika disuruhnya.
3).Mendoakan kesejahteraannya.
4). Mengurus Ibu dengan sabar jika ia telah tua dan uzur serta memerlukan rawatan dan penjagaan.
5). Selalu mengingati pengorbanannya dalam mendidik dan membesarkan kita.
6). Memberikan bantuan kewangan kepadanya ..

Ini sebenarnya masih tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu...
Kasih Ibu kasih sejati.."Ya Tuhanku,kasihanilah mereka berdua,sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil"..amin..

 
©  free template by Blogspot tutorial