Berita Semasa

Friday, December 10, 2010

Salam Hijrah..


Pelbagai peristiwa penting pada bulan Muharam

MUHARAM bukan saja bulan pertama dalam kalendar Islam, malah lebih daripada itu mengandungi kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, ada dua peristiwa penting yang berlaku dalam Muharam yang mengandungi kelebihan dan fadilat besar. Peristiwa itu adalah:
- 1 Muharam: Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam: Dinamakan juga hari `Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga berlaku:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun, setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010



Salam Aidiladha kepada semua kenalan dan umat Islam tak kira di mana sahaja berada di bumi Allah ini. Mudah-mudahan Aidiladha kali ini mampu mengembalikan diri kita kepada erti 'pengorbanan' yang sebenar..
Contohilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s dalam mentaati suruhan Allah Taala.
Cuba kita renungkan diri kita sendiri...setakat mana pengorbanan yang telah kita lakukan untuk diri kita sendiri,keluarga kita,masyarakat kita,negara kita...yang lebih utama dan penting sekali ialah ..setakat mana 'pengorbanan' kita untuk agama kita ISLAM!!..adakah cukup dengan pengorbanan yang 'ringan-ringan' sahaja atau ??..
Sepatutnya untuk agamalah kita berkorban mengatasi segalanya...samada masa,material atau tenaga di gunakan untuk agama kita.. Kadang-kadang kita banyak berkorban untuk kepentingan dunia dan amat sedikit pengorbanan kita untuk akhirat..
Mudah-mudahan dengan 'roh' Aidiladha tahun ini akan membangkitkan semangat kita untuk lebih berkorban untuk kepentingan agama ...tanpa Islam,,siapalah kita di sisi Allah Rabbul Jalil...

Sunday, November 14, 2010

Kuliah subuh


Pada pagi tadi (14hb.November 2010-Ahad), saya telah menyampaikan kuliah subuh di Surau Al-Islamiyyah mengenai kitab "An-Nihayah Fil fitan Wal Malahim"karangan Ibnu Kathir ,Bab 6 bertajuk "Jenis-jenis Fitnah Yang Bakal Berlaku Pada Masa Hadapan".
Dipetik ringkasan bab tersebut ;
1). Riwayat dari hadith Zuhri,dari Sai,dari Abu Hurairah,dari Rasulullah s.a.w ,baginda bersabda "Masa akan semakin berdekatan,ilmu akan semakin berkurang,akan tinggal orang-orang kedekut,fitnah akan muncul,kerosakan semakin banyak" mereka bertanya,wahai Rasulullah s.a.w , apakah kerosakan itu?Baginda menjawab , peperangan demi peperangan".
2). Riwayat oleh Bukhari dan Muslim daripada hadith Zuhri,dari said bin Musayyab,dari Abu Salamah,dari Abu Hurairah,dia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda "Akan berlaku fitnah bahawasanya orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri,dan orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berlari,barang siapa yang mendekatinya ,dia akan jatuh kedalamnya, barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung,maka pergilah ke tempat itu".
3). Dari hadith Laith,dari Nafi',dari Ibnu Umar,bahawasanya Rasulullah s.a.w berdiri di samping mimbar,di mana baginda menghadap ke arah timur,kemudian bersabda "Demi Allah , bahawasanya fitnah dari sana,dari tempat keluarnya tanduk syaitan,atau baginda berkata "tanduk matahari"(riwayat Muslim).
4). Bukhari berkata,telah menceritakan kepada kami Ismail dari Malik dari Abu Zinad,dari A'raj dari Abu Hurairah,dia berkata,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Tidak akan datang kiamat,sehingga seseorang melalui kubur seseorang lalu dia berkata ,alangkah baiknya sekiranya aku berada pada tempatnya".

Thursday, October 28, 2010

Sebab Doa Tidak Diterima Allah






Sebab-sebab tidak terkabulnya Doa…

Pada suatu malam ,Ibrahim bin Adham melalui sebuah pasar di Bashrah.Kemudian orang-orang berkumpul kepadanya dan bertanya ;”Wahai Abu Ishaq,mengapa setiap kali kami berdoa ,doa kami tidak pernah dimakbulkan?Dia menjawab ;”kerana hati kalian sudah mati dengan sepuluh perkara iaitu ;
Pertama ; Kalian mengetahui Allah,tetapi kalian tidak memenuhi hak-Nya.
Kedua ; Kalian mengaku bahawa kalian mencintai Rasulullah s.a.w ,tetapi kalian meninggalkan sunnah-sunnahnya.
Ketiga ; Kalian membaca Al-Quran,tetapi tidak mengamalkannya.
Keempat ; kalian memakan nikmat Allah,tetapi kalian tidak mensyukuri-Nya.
Kelima ; Kalian mengatakan bahawa Syaitan adalah musuh,tetapi kalian tidak melawannya.
Keenam ; Kalian mengatakan bahawa syurga itu benar,tetapi kalian tidak berbuat untuk meraihnya.
Ketujuh ; Kalian mengatakan bahawa neraka itu benar,tetapi kalian tidak lari darinya.
Kelapan ; Kalian mengatakan bahawa maut itu benar,tetapi kalian tidak bersiap-siap untuknya.
Kesembilan ; Ketika kalian telah bangun dari tidur ,kalian hanya sibuk dengan aib-aib manusia,tetapi
Kalian melupakan aib kalian sendiri.
Kesepuluh ; Kalian telah menguburkan orang-orang yang mati di antara kalian,tetapi kalian tidak pernah mengambil pelajaran darinya.

(dipetik dalam buku :Apa ertinya Dunia Bagiku & 97 kisah Teladan ,2003,Mohd Najib Iskandar,Jasmine Enterprise)

Sunday, October 17, 2010

Kuliah Subuh


Pagi ini (17hb.Okt.)dalam kuliah subuh ,saya membahaskan tentang kemunculan Imam Mahdi yang dipetik daripada kitab "An-Nihayah Fil Fitan Wal Malahim"karangan Ibnu Kathir,fasal ke lima m/s 48 , berikut beberapa intipati kitab tersebut ;
1).Sebahagian hadith yang mengisahkan kemunculan Al-Mahdi ;
a). Imam Ahmad bin Hanbal berkata,telah menceritakan kepada kami Hajjaj dan Abu Nu'aim berkata Athar dari Al-Qasim bin Abu Burrah dari Abu ath Thufail ,perkataan Hajjaj saya mendengar Ali berkata,bersabda Rasulullah s.a.w "Jika belum tertinggal dari dunia ini kecuali sehari sungguh Allah mengutus seorang lelaki dari kami yang memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia sesak dengan kezaliman".
b). Berkata Abu Daud,telah menceritakan kepada kami Sahal bin Tamam bin Bari',dari Imran Al-Qattan dari Qatadah,dari Abu Nusrah,dari Abu Said,dia berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w ; Al-Mahdi berasal dari keturunanku,lebar dan baik dahinya,mancung hidungnya,dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana meluasnya kezaliman dan kekejian,dia memimpin selama tujuh tahun".
c). Sabda Rasulullah s.a.w "Al-Mahdi berasal dari umatku,dari keturunan anak cucuku (Hadis riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Hakim)
d). Sabda Rasulullah s.a.w " Akan dibai'at seorang lelaki antara makam Ibrahim dengan sudut Kaabah"(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Kesimpulan ;
- Dalam kesemua hadis diatas ,Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun .Semasa pemerintahannya,Imam Mahdi akan memimpin umat Islam bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran yang mana kezaliman ini akan lenyap satu persatu dibawah kekuasaan Imam Mahdi ini. Kemudian daripada inilah,munculnya pula Dajjal yang akan membunuh Imam Mahdi dan pengikut umat Islam. Seterusnya Allah Taala akan menurunkan Nabi Isa a.s untuk bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal dan pengikutnya,hingga Dajjal mati ditombak oleh nabi Isa a.s di dalam kompleks Al-Aqsa.
Wallahu a'lam..

Sunday, September 5, 2010

Salam 'Idul Fitri 2010M/1431H


PUISI : DI UFUK FAJAR SYAWAL
Sayup bening di kaki langit
fajar Syawal muncul kembali
tanda Ramadhan sudah
pamit untuk pulang!
Wahai Tuhan
ini dalah hari kemenangan
dalam sebuah perang nafsu
yang tak pernah sirna
Ayuh aduhai taulan
marilah kita raikan saat kejayaan
dalam pintalan ukhuwah yang erat
menghulur tangan maaf dipohon
tanda kita saudara seagama
tak pernah berbeza
hanya amal dan taqwa
menjadi pemisahnya!
Pulanglah si perantau
kerana ayah bonda
sudah amat merindui
lupakan sengketa lalu..
kerana harga kerinduan sepasang mata tua
nan tak pernah jemu menantimu di sana
usah biarkan mereka melakar duka dalam rebas air mata!
Garaplah purnama Syawalmu kali ini dalam seribu erti
kerana yang jauh sudah mula merapat kembali
dan yang dekat sudah kian mesra menaut rasa
sesungguhnya Syawal punya agenda istimewa
untuk disemat dalam kenangan
dalam larikan mimpi yang tak pernah pudar!
Dalam munajat yang kian panjang
sering ditadah doa agar amal terus
diterima-Nya
kerana belum pasti Syawal
dapat menjengah diri
pada musim datang kembali...
Wahai tuhan Rabul Izzati
Kau makbulkan munajat kami
agar Syawal ini adalah detik mula
bahawa esok adalah cahaya jaya
buat menambah amalan bekalan
untuk aku pulang ke negeri abadi
kerana hidup ini
sempadannya adalah mati!
(oleh : Aliyah Sijari,Majalah ANIS,Okt.2008)

Tuesday, August 24, 2010

Sempena Nuzul Al-Quran 2010M/1431H























PESONA AYAT SUCI AL-QURAN


Kisah 1). Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabatnya yang bernama Abdullah bin Mas'ud supaya membaca Al-Quran di hadapannya. Sebagaimana yang diketahui Ibnu Mas'ud adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan Qiraatnya yang bagus dan tarannum yang amat merdu.

Ibnu Mas'ud membaca beberapa ayat dari surah An-Nisa'.Tetapi setelah sampai ayat 41, Rasulullah s.a.w meminta Ibnu Mas'ud supaya berhenti membacanya ,kerana air matanya telah bercucuran terharu.Ayat 41 Surah An-Nisa' bermaksud "Betapa dahsyatnya keadaan di kala itu(hari akhirat),bila Kami (Allah) menghadirkan seorang saksi bagi setiap ummat,dan engkau (Muhammad) kami hadirkan juga sebagai saksi bagi mereka".

Rasulullah s.a.w tak tahan mendengar ayat itu,bagaimana kalau Baginda nanti menjadi saksi kelak bagi ummatnya yang sudah rosak akhlaknya,bagaimana nanti dia dihadirkan sebagai saksi bagi ummat yang kafir durjana dan apakah Baginda tahan melihat ummatnya yang derhaka itu dihumban ke Neraka?Semua itu terbayang di benak fikiran Baginda s.a.w dan kerana itulah baginda menangis.."cukup,cukup,cukup,sampai di sini saja wahai Ibnu Mas'ud",kata rasulullah s.a.w .Baginda sungguh terharu dan tersentuh hatinya dengan ayat tersebut....

Sabda Nabi s.a.w "Al-Qur'an diturunkan di atas dasar lima perkara iaitu halal,haram,muhkam(ayat yang jelas maknanya),mutasyabih(ayat yang samar maknanya) dan amsal(perumpamaan). Maka beramallah kamu dengan perkara yang halal dan jauhilah oleh kamu perkara yang haram,ikutilah mana-mana ayat yang jelas maknanya dan berimanlah dengan ayat yang samar maknanya,dan ambillah tauladan daripada ayat yang menjadi perumpamaan'(hadis riwayat al-baihaqi daripada Abu Hurairah)
Jesteru itulah ,kita mestilah beramal dengan Al-Quran dengan erti kata yang sebenarnya bagi mendapat keredhaan Allah Taala ..
















Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Ramadhan..


Sabda Nabi s.a.w "Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat dahulu sebelumnya,iaitu ;
i). Bau mulut orang yang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah Taala.
ii). Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
iii). Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailaturqadar.
iv). Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda,melainkan puasa ianya bagi-Ku,Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya ,makan minumnya kerana Aku.
v). Mereka dikurniakan nikmat,kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.

Tuesday, July 20, 2010

Sekadar Renungan...


Ambil Masa...
Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan .
Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.
(petikan dlm majalah Nur,Julai 2009)

Thursday, June 17, 2010


Selamat Hari Bapa 2010..

Ketahuilah bahawa tugas bapa adalah satu amanah dari Allah dan ianya merupakan satu jihad serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah Taala.
Berdoalah kita agar rumahtangga kita dapat membentuk keluarga sakinah dan mendapat rahmat dari Allah Taala. Baiti Jannati...

Thursday, June 3, 2010

Tindakan Israel yang biadab....


Perbuatan Tel Aviv serang kapal kemanusiaan patut dilabel pengganas dunia(Minda Pengarang ,Berita Harian 02/06/10)

TINDAKAN kejam Israel sekali lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila komandonya melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara, yang mengorbankan 19 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan Gaza awal pagi kelmarin. Dunia seharusnya melabelkan perbuatan komando Israel itu sebagai tindakan pengganas seperti yang sering diberikan kepada umat Islam yang melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan cita rasa Barat, khasnya kuasa besar.
Mempertahankan perbuatan terkutuk Israel membuktikan dengan jelas sokongan kuasa besar dunia terhadap negara itu. Atas nama perikemanusiaan, tidak ada sebab komando Israel itu menyerang kapal yang membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan termasuk ubat, makanan dan pakaian untuk keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza yang dikepung sejak dua tahun lalu.

Serangan itu membuktikan sikap Israel yang terus bermaharajalela tanpa mengambil kira perasaan masyarakat dunia. Israel yang dibentuk Britain pada 1947 dan mengisytiharkan kemerdekaan setahun kemudian itu, tidak pernah mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang dunia. Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal. Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.
Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan mereka, bukan melakukan serangan. Adalah lebih baik rakyat Palestin berkenaan menerima bantuan secara tersusun daripada membiarkan mereka menggali lubang di sempadan Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat. Tidak timbul soal mereka melakukan perbuatan subversif menyeludup senjata. Dunia perlu melakukan sesuatu dan tidak boleh melepaskan Israel bebas tanpa sebarang tindakan. Kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga akan tercemar jika menganggap perbuatan Israel itu hanya tragedi. Tidak guna mengadakan sidang tergempar sekiranya tidak berani bertindak secara adil.
Dunia akan memerhati apa juga tindakan PBB dalam hal Israel ini. Adalah pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’ diberikan mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu. Perbuatan mereka itu adalah tambahan kepada satu lagi episod kekejaman ke atas rakyat Palestin. Tanpa bergantung kepada PBB, kita berharap blok negara seperti ASEAN, Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali dan Kesatuan Eropah memanggil sidang tergempar bagi menyatakan pendirian berhubung tindakan Israel itu.

Thursday, May 20, 2010

Al-Fatihah...


Al-Fatihah …

Buat sahabat guru (Cg.Azam,Kuala Kangsar) yang telah meninggal dunia pada 1hb.Mei 2010 yang lepas,disahkan oleh pihak hospital akibat H1N1… Semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman…amin..
Berikut adalah coretan rasa Allahyarham pada 9hb.Sept. 2009 dalam Blognya..(seolah-olah beliau telah merasai saat bertemu Allah…..)

Tajuk : Bila Ayah pergi…

Anak-anak ayah
Dengar betul-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah

Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati

Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat

Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya

Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali

Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah

Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga

Membesarkan kamu semua
Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan

Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana

Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah

Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa

Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah

Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah

Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan

Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan

Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita

Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali

Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

Posted by AZAM KUALA KANGSAR at 10:01 AM (9hb.Sept.2009)

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Selamat hari Guru buat semua insan yang bergelar "PENDIDIK"..
Ingatlah bahawa tugas kita adalah amanah yang diberikan oleh Allah Taala untuk mendidik dan membentuk akhlak dan peribadi mulia seorang pelajar. Kelak nanti kita akan ditanya tentang tanggungjawab hakiki kita ini .
Tugas kita ialah untuk 'memanusiakan ' manusia di atas muka bumi Allah ini.
"Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi"
Semoga dengan sambutan Hari Guru tahun ini lebih memotivasikan kita semua untuk mencari keredhaan -Nya.. "Guru Pembina Negara Bangsa"

Thursday, April 15, 2010

Renungan Buat Wanita...


ISTIMEWANYA INSAN YANG BERNAMA “WANITA

Renung dan Hayati..ambil pengajaran melalui mata hati…

1). Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Dunia ialah hiburan,sebaik-baik hiburan ialah wanita solehah”(riwayat Muslim & Ahmad)
2). Nabi s.a.w bersabda ;
“Sebaik-baik wanita(isteri)ialah jika kamu memandang kepadanya ia menyenangkan hati kamu” (riwayat an-Nasa’i dan Abu Hurairah).
3). Asma’ Bt. Khariyyah Fazani menasihatkan anak perempuannya ;
“peliharakanlah dirimu daripada berbau busuk oleh hidung suamimu,janganlah suami mencium baumu kecuali yang harum-harum belaka”.
4). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;
“Sampaikanlah berita ini kepada semua wanita bahawa jika mereka taat kepada suami masing- masing dengan kesedaran iman,pahalanya seimbang dengan jihad Fi Sabilillah kaum lelaki diluar rumah ,akan tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melaksanakannya”.
5). Nabi s.a.w bersabda ;
“Mana-mana wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya dan
suaminya pula redha dengannya,maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana puasa
(sunat) fi Sabilillah kaum lelaki.Jika mereka merasa sakit ketika akan melahirkan anak,maka
Allah tambahkan lagi pahala yang tidak terkira banyaknya,apabila ia melahirkan anak dan
menyusukan anaknya dengan susunya sendiri,maka setiap teguk susu (yang diminum anaknya)
Allah akan balas dengan satu kebajikan.Bila ia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya
(lantaran sekejap berjaga,menangis lantaran lapar,sakit dan sebagainya) maka Allah beri dan
tambah lagi pahala sama seperti membebaskan 70 orang hamba dengan ikhlas”(riwayat Hassan
bin Sofuan,At-Tabrani,Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusui Saidina Ibrahim bin Muhammad
Rasulullah s.a.w.)

6). Sabda Nabi s.a.w ;
“Kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti(makanan)untuk
dihidang kepada suami dan anak-anaknya,Allah akan bina parit (sebagai pendinding) di
antara dirinya dengan api Neraka(bagi menghalang dari panas api Neraka)”.
7). Sabda Nabi s.a.w ;
“Setiap wanita yang berair matanya lantaran pedih memotong bawang untuk dijadikan
bahan makanan kepada ahli rumahnya,maka Allah akan membalas pahala kepadanya
sebanyak pahala orang yang menangis kerana takutkan Allah”.
8).Sabda Nabi s.a.w ;
“Setiap wanita yang memintal benang(menenun dan menjahit pakaian) untuk keluarganya,
Maka Allah akan mencatatkan kebajikan sebanyak jumlah benang yang ditenun ( dijahit)
dan dihapuskan (diampunkan)pula 100 kejahatan(dosa)”
9). Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Setiap wanita yang meminyak dan menyikat rambut,mencuci pakaian anak-anaknya,Allah
akan membalas perbuatan kebajikannya itu dengan pahala sebanyak jumlah rambut anaknya
yang disikat itu dan dihapuskan dosa-dosanya serta wajah kelihatan berseri-seri di Akhirat”
10). Nabi s.a.w bersabda ;
“Tidak ada suatu yang lebih baik dan bermanfaat bagi seseorang lelaki setelah ia bertaqwa,
melainkan ia memiliki isteri yang solehah,yang kalau ia menturuh lalu ditaati,apabila dipandang
menyenangkan hatinya dan apabila ditinggalkan(atas sesuatu urusan),ia menjaga maruah dirinya dan harta suaminya”(riwayat An-Nasa’I,Ahmad dan Abu Daud)

11).Nabi s.a.w bersabda ;
“Wahai para suami,lakukanlah apa saja untuk menyenangkan hati isteri ,asalkan ia tidak menyalahi syariat ,apabila hati isteri telah terhibur lalu mudahlah ia hendak dipimpin,dididik dan menjadi penghibur hati suami”.
12). Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Sesungguhnya seorang isteri itu belum dianggap mentaati dan menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia mentaati dan menunaikan kewajipannya terhadap suaminya” (riwayat At-Thabrani).
13). Sabda Nabi s.a.w bermaksud ;
“Hak suami atas isterinya ialah si isteri tidak meninggalkan tempat tidurnya,hendaklah ia menghargai sumpah suami,hendaklah ia taat kepada suami dan janganlah ia keluar rumahnya melainkan dengan izin dan janganlah ia membenarkan masuk ke rumahnya orang yang tidak disukai oleh suaminya.”
14). Rasulullah s.a.w bersabda ;
“wanita yang taat akan suaminya,semua burung-burung di udara,ikan di air,Malaikat di langit ,
matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga solat dan puasanya”.
15). Sabda Nabi s.a.w bermaksud ;
“Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya seperti orang yang pergi berjuang di medan perang.”
16). Sabda Rasulullah s.a.w ;
“Mana-mana wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya,Allah akan memberinya minum dari sungai-sungai dan diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya pelepasan dari Api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat.”
17). Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.”
18). Ibnu Umar berkata ;
“Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya ‘apakah hak suami atas isteri?Jawab Baginda “Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada diatas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami,kalau engkau berpuasa juga,maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri,jangan keluar melainkan dengan izinnya,jika keluar juga ,akan dilaknat Malaikat rahmat dan Malaikat azab sehingga dia kembali ke rumahnya.”
19). Sabda Nabi s.a.w ;
“Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya,hingga marahlah suami nya,akan tidurlah wanita itu dalam laknat Malaikat hingga ke pagi.”


Mudah-mudahan coretan ini akan memberi kesedaran kepada kaum wanita yang bergelar ‘isteri’ dan dapat mengambil pengajaran daripada hadith-hadith ini untuk menjadi muslimah dan isteri solehah serta dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat..amin….

Sunday, March 7, 2010

kuliah subuh



HADIS : BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

“Dari Anas bin Malik r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda “tidak akan berlaku hari kiamat sehingga manusia (umat islam) bermegah-megah (dengan binaan) masjid” (Riwayat Abu daud)

Pada kuliah subuh pagi tadi (07 Mac 2010) di surau ,saya telah membacakan tentang hadis peristiwa akhir zaman iaitu hadis di atas yang mana ianya menceritakan kepada kita tentang salah satu tanda-tanda kiamat ialah bermegah-megah dengan binaan masjid.
Sebagaimana yang kita maklum,masjid merupakan institusi penting dalam sesebuah masyarakat islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w masjid dibina sebagai tempat ibadah,tempat pertemuan umat islam ,pusat pentadbiran dan majlis-majlis ilmu.
Jesteru itu, orang-orang yang sering mendekatkan dirinya dengan masjid akan mendapat perlindungan dan rahmat Allah Taala .Masjid mempunyai peranan dan fungsi penting dalam agama islam.Ia bukan sekadar tempat kunjungan rasmi,tempat lawatan pelancong semata atau satu binaan megah yang didirikan untuk mencapai kebanggaan dan kemasyhuran.
Tetapi amat malang sekali, peristiwa yang menimpa umat islam dimana di akhir zaman ini fungsi masjid mula diabaikan. Masjid tidak lebih dari sekadar bangunan yang cantik seni binanya dan perhiasan yang berdiri megah tetapi kosong dari aspek pengisian rohaninya.
Umat islam akhir zaman seperti hadis ini hanya bermegah-megah dengan binaannya tetapi memandang remeh fungsi utamanya. Masjid yang indah kosong dan sepi dengan jemaah dan aktiviti dakwahnya.
Beginilah nasib malang yang menimpa umat islam sebelum tibanya hari kiamat nanti.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam hamba-Nya yang mentaati perintah Allah dan rasul-Nya dan memasukkan kita dalam golongan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa …amin…
(Dipetik dari buku “Tazkirah kepada ummah tentang Peristiwa Akhir Zaman dalam hadis –hadis Rasulullah s.a.w”

Thursday, February 18, 2010

Sempena Maulidur Rasul 1431H


MEMPERINGATI “MAULIDUR RASUL”

Tidak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul 1431H yang mana ianya merupakan satu hari yang amat penting bagi umat Islam.Ia hendaklah diperingati dan dirayakan dengan penuh bererti,dengan tujuan untuk menghidupkan sunnah ,budi pekerti dan perjuangan Baginda s.a.w dalam membela hak dan kebenaran. Kita juga perlu mencontohi amal usaha Baginda dalam membimbing umat manusia agar hidup bahagia dan aman damai.
Usaha menghidupkan sunnah Nabi dan pengajaran-pengajaran baginda hendaklah dibuktikan dengan menzahirkan kesetiaan dan kecintaan terhadap Baginda melebihi kecintaan terhadap yang lain. Menegakkan Sunnah Rasulullah s.a.w dan menunjukkan kecintaan kepada Baginda s.a.w tidak cukup dengan hanya mengadakan keramaian atau kenduri maulud ,atau sekadar berarak sambil berselawat tetapi sebaik sahaja majlis tersebut selesai , kesemuanya dilupakan begitu sahaja ..
Rasulullah s.a.w yang kita peringati ,yang disambut ulang tahun kelahirannya pada setiap tanggal 12 Rabi’ul Awwal merupakan Rasul junjungan agung yang telah dimuliakan oleh Allah Taala yang mana baginda bukan sahaja pandai berkata-kata tetapi Baginda lebih suka bertindak dan melaksanakan sesuatu perkara. Perbuatan dan tindakan baginda melebihi tutur katanya , jesteru itulah Allah Taala sangat murka kepada orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya sebagaimana Firman Allah dalam Surah as-Saff ,ayat 3 ;

Maksudnya : “ Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
Rasulullah s.a.w juga diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam .jelasnya agama yang dibawa oleh junjungan kita Nabi s.a.w menganjurkan umat manusia supaya tidak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat kerana setiap apa yang kita kerjakan pasti akan dinilai untuk diberi ganjaran dan balasan.Hanya orang-orang yang mulia di sisi Allah Taala adalah mereka yang bertaqwa .
Oleh itu, sempena memperingati tarikh kelahiran seorang utusan agong ini yang mana Baginda umpama pelita yang menerangi alam dengan pengajaran dan contoh tauladan ,marilah kita memperbanyakkan melakukan amal soleh yang mendatangkan faedah dan keuntungan untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat .
Mudah-mudahan kita mendapat berkat dengan meneladani,mencontohi dan mengamalkan Sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian kita …amin…
(Di ubahsuai daripada buku “tazkirah untuk orang mengaji :karya sonhadji,tahun 2004)

Friday, January 8, 2010

Motivasi Keluarga
















Anak Cemerlang Untuk Ibu Bapa yang Cemerlang

Setiap ibubapa pasti ingin melahirkan anak-anak yang positif,iaitu anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Namun,hal tersebut bukanlah perkara mudah,selagi ibu bapa tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang melayakkan mereka menjadi ibu bapa cemerlang.Hanya ibu bapa cemerlang sahaja yang mampu melahirkan zuriat yang cemerlang.
Menurut Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah menyatakan bahawa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang,maka beberapa prasyarat yang harus dipenuhi oleh ibu bapa tanpa mengenal penat dan jemu. Antara prasyarat tersebut ialah ;

1). Hendaklah membentuk keluarga menjadi keluarga yang diredhai Allah,yang didalamnya diturunkan hidayah yang mencurah-curah.Menurut alim ulama,antara sifat keluarga yang diredhai Allah ialah :
a). Seluruh ahli keluarga patuh beribadah kepada Allah.
b). Keluarga yang sentiasa beramal secara berjamaah-solat berjamaah,makan dan riadah
berjamaah.
c). Al-Quran dibaca setiap hari dalam rumahnya.
d). Seronok menerima kedatangan tetamu kerana tetamu itu membawa kerahmatan.
e). Banyak menyebarkan salam sesama ahli keluarga.
2). Ibu bapa 'wajib' cemerlang iaitu ibu bapa yang sentiasa bertaubat,solat sunat dan berlemah lembut terhadap keluarga.
3). Ada ketrampilan keibubapaan dan ada kemahiran untuk memotivasikan anak.
4). Berupaya mewujudkan suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang dalam keluarga.
5). Rezeki yang diperolehi mestilah rezeki yang halal dan berkat.
6). Mendapat sokongan yang positif daripada saudara mara dan jiran tetangga.
7). Mempunyai imej diri yang positif.
8). Menggunakan 'sumber' secara optimum seperti doa dan sebagainya.
9). Anak-anak mesti ada ketrampilan keanakan yang baik dan positif.
10). Ibu bapa perlu berkorban untuk anak-anak dengan mengawal perkembangan anak-anak.
11). Wujud budaya cintakan ilmu dan buku.
12). Ibu bapa hendaklah menjadi model dan contoh kepada anak-anak.
13). Ibu bapa kena mantapkan rohani dan kejiwaan.

Sekiranya hal ini diprogramkan pada setiap hari,maka ia akan berlanjutan pada setiap minggu dan akhirnya terbentuklah anak-anak yang positif dan cemerlang.
(Dipetik daripada Majalah Nur ,Ogos 2003)

 
©  free template by Blogspot tutorial