Berita Semasa

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010



Salam Aidiladha kepada semua kenalan dan umat Islam tak kira di mana sahaja berada di bumi Allah ini. Mudah-mudahan Aidiladha kali ini mampu mengembalikan diri kita kepada erti 'pengorbanan' yang sebenar..
Contohilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s dalam mentaati suruhan Allah Taala.
Cuba kita renungkan diri kita sendiri...setakat mana pengorbanan yang telah kita lakukan untuk diri kita sendiri,keluarga kita,masyarakat kita,negara kita...yang lebih utama dan penting sekali ialah ..setakat mana 'pengorbanan' kita untuk agama kita ISLAM!!..adakah cukup dengan pengorbanan yang 'ringan-ringan' sahaja atau ??..
Sepatutnya untuk agamalah kita berkorban mengatasi segalanya...samada masa,material atau tenaga di gunakan untuk agama kita.. Kadang-kadang kita banyak berkorban untuk kepentingan dunia dan amat sedikit pengorbanan kita untuk akhirat..
Mudah-mudahan dengan 'roh' Aidiladha tahun ini akan membangkitkan semangat kita untuk lebih berkorban untuk kepentingan agama ...tanpa Islam,,siapalah kita di sisi Allah Rabbul Jalil...

Sunday, November 14, 2010

Kuliah subuh


Pada pagi tadi (14hb.November 2010-Ahad), saya telah menyampaikan kuliah subuh di Surau Al-Islamiyyah mengenai kitab "An-Nihayah Fil fitan Wal Malahim"karangan Ibnu Kathir ,Bab 6 bertajuk "Jenis-jenis Fitnah Yang Bakal Berlaku Pada Masa Hadapan".
Dipetik ringkasan bab tersebut ;
1). Riwayat dari hadith Zuhri,dari Sai,dari Abu Hurairah,dari Rasulullah s.a.w ,baginda bersabda "Masa akan semakin berdekatan,ilmu akan semakin berkurang,akan tinggal orang-orang kedekut,fitnah akan muncul,kerosakan semakin banyak" mereka bertanya,wahai Rasulullah s.a.w , apakah kerosakan itu?Baginda menjawab , peperangan demi peperangan".
2). Riwayat oleh Bukhari dan Muslim daripada hadith Zuhri,dari said bin Musayyab,dari Abu Salamah,dari Abu Hurairah,dia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda "Akan berlaku fitnah bahawasanya orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri,dan orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berlari,barang siapa yang mendekatinya ,dia akan jatuh kedalamnya, barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung,maka pergilah ke tempat itu".
3). Dari hadith Laith,dari Nafi',dari Ibnu Umar,bahawasanya Rasulullah s.a.w berdiri di samping mimbar,di mana baginda menghadap ke arah timur,kemudian bersabda "Demi Allah , bahawasanya fitnah dari sana,dari tempat keluarnya tanduk syaitan,atau baginda berkata "tanduk matahari"(riwayat Muslim).
4). Bukhari berkata,telah menceritakan kepada kami Ismail dari Malik dari Abu Zinad,dari A'raj dari Abu Hurairah,dia berkata,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Tidak akan datang kiamat,sehingga seseorang melalui kubur seseorang lalu dia berkata ,alangkah baiknya sekiranya aku berada pada tempatnya".

 
©  free template by Blogspot tutorial