Berita Semasa

Sunday, October 17, 2010

Kuliah Subuh


Pagi ini (17hb.Okt.)dalam kuliah subuh ,saya membahaskan tentang kemunculan Imam Mahdi yang dipetik daripada kitab "An-Nihayah Fil Fitan Wal Malahim"karangan Ibnu Kathir,fasal ke lima m/s 48 , berikut beberapa intipati kitab tersebut ;
1).Sebahagian hadith yang mengisahkan kemunculan Al-Mahdi ;
a). Imam Ahmad bin Hanbal berkata,telah menceritakan kepada kami Hajjaj dan Abu Nu'aim berkata Athar dari Al-Qasim bin Abu Burrah dari Abu ath Thufail ,perkataan Hajjaj saya mendengar Ali berkata,bersabda Rasulullah s.a.w "Jika belum tertinggal dari dunia ini kecuali sehari sungguh Allah mengutus seorang lelaki dari kami yang memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia sesak dengan kezaliman".
b). Berkata Abu Daud,telah menceritakan kepada kami Sahal bin Tamam bin Bari',dari Imran Al-Qattan dari Qatadah,dari Abu Nusrah,dari Abu Said,dia berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w ; Al-Mahdi berasal dari keturunanku,lebar dan baik dahinya,mancung hidungnya,dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana meluasnya kezaliman dan kekejian,dia memimpin selama tujuh tahun".
c). Sabda Rasulullah s.a.w "Al-Mahdi berasal dari umatku,dari keturunan anak cucuku (Hadis riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Hakim)
d). Sabda Rasulullah s.a.w " Akan dibai'at seorang lelaki antara makam Ibrahim dengan sudut Kaabah"(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Kesimpulan ;
- Dalam kesemua hadis diatas ,Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun .Semasa pemerintahannya,Imam Mahdi akan memimpin umat Islam bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran yang mana kezaliman ini akan lenyap satu persatu dibawah kekuasaan Imam Mahdi ini. Kemudian daripada inilah,munculnya pula Dajjal yang akan membunuh Imam Mahdi dan pengikut umat Islam. Seterusnya Allah Taala akan menurunkan Nabi Isa a.s untuk bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal dan pengikutnya,hingga Dajjal mati ditombak oleh nabi Isa a.s di dalam kompleks Al-Aqsa.
Wallahu a'lam..

0 comments:

 
©  free template by Blogspot tutorial