Berita Semasa

Saturday, June 25, 2011

Renungan Buat Pelajar..



Adab Menuntut Ilmu.


Wahai para pelajar ku..

dalam menuntut haruslah berusaha dgn rajin dan bersungguh-sungguh.Pergunakanlah waktumu sebaik-baiknya,sehingga tidak ada waktumu terbuang tanpa dipergunakan sebaik mungkin,jangan sampai kamu luputkan satu ilmu yang memberi manfaat kepada kamu.


Wahai para pelajar ku..

pelajarilah dulu pelajaran yang akan diajarkan oleh gurumu,baca dan renungkanlah dengan teliti dan tekun.Sekiranya ada yang kurang kamu fahami,maka janganlah segan bertanya kepada salah seorang daripada kawanmu,supaya ia dapat bersama-sama kamu untuk memikirkannya.


Wahai para pelajar ku..

Ingatlah..ketika guru sedang menerangkan sesuatu ,hendaklah kamu tumpukan perhatian kepadanya dengan tekun dan khusyuk.Janganlah pula kamu berangan-angan tidak menentu ketika belajar.


Wahai para pelajar ku..

Apabila seseorang pelajar tidak beradab di hadapan gurunya,hilanglah harga dirinya di mata gurunya dan di mata kawan-kawannya.Oleh itu,hendaklah kamu beradab yang terpuji dan menjauhkan kelakuan biadab.

Ketahuilah,bahawa pelajar yang tidak hormat kepada gurunya lebih daripada bapanya,maka ia tidak mendapat ilmu daripada gurunya walaupun sedikit.


Wahai para pelajar ku..

Perbanyakkanlah doa kepada Allah supaya dikurniakan-Nya bagi kamu ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala doa dan amat Pemurah kepada hamba-Nya.


Oleh itu wahai para pelajar ku..

terimalah nasihatku ini dan mintalah kepada para guru supaya mereka sudi mendoakan kamu agar dibukakan hidayah,mudah-mudahan Allah memperkenankan doa mereka untukmu..


(Diubahsuai daripada buku "Membentuk Akhlak & Jiwa Remaja ",oleh Syeikh Muhd Syakir).

0 comments:

 
©  free template by Blogspot tutorial