Berita Semasa

Wednesday, June 29, 2011

Pengajaran Israk Mikraj..



Iktibar Israk Mikraj


Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa -peristiwa penting yang berlaku dalam sirah Islam.Peristiwa ini di ingati pada setiap tahun apabila tiba 27 Rejab dengan pelbagai sambutan dan program.

Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan Nabi s.a.w ,bersamaan dengan 621 M ketika Nabi s.a.w berusia 52 tahun.Peristiwa ini berlaku kira-kira satu setengah tahun sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah.


Antara yang dapat dinukilkan pengajaran daripada peristiwa agung ini ialah ;


1). Membuktikan kebesaran,keagungan dan kekuasaan Allah yang boleh melakukan sesuatu dengan Qudrat dan Iradat-Nya.Dalam peristiwa ini,Allah menunjukkan tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengundang Nabi Muhammad s.a.w untuk melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dan disampaikan kepada umatnya.


2). Peristiwa ini mempunyai kaitan dengan soal aqidah.Peristiwa ini menguji keimanan manusia sama ada menyakini tentang apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w atau menolaknya.Dalam peristiwa ini melibatkan empat jenis alam iaitu alam mulk (syahadat),alam malakut,alam jabarut alam izzah(alam mustawa).Sebahagiannya adalah perkara-perkara sam'iyyat (ghaib) dan tidak boleh difikir atau diujikaji.


3). Gambaran-gambaran yang dipaparkan dalam Israk Mikraj adalah gambaran kehidupan manusia di dunia ini.Golongan yang menghayati keimanannya dengan amalan soleh akan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya,sebaliknya golongan yang melakukan amalan keji akan mendapat ganjaran yang buruk .


4). Setiap muslim mesti dalam keadaan berwaspada untuk menyelamatkan diri daripada golongan syaitan yang menjadikan kemewahan dunia sebagai wasilah disamping perancangan golongan Yahudi dan Nasrani.


5). Solat merupakan kemuncak segala ibadat dan menjadi penentu kepada amalan-amalan yang lain.Solat adalah satu-satunya ibadat yang diwahyukan secara langsung kepada Nabi s.a.w oleh Allah di langit semasa peristiwa ini.


6). Setiap muslim hendaklah melakukan 'tazkiyatul nafs' iaitu penyucian jiwa dan hati dengan zikrullah,solat,membaca Al-Quran,infaq harta fi sabilillah,muhasabah diri dan sebagainya sebagai bekalan menghadapi kematian.


(diubah suai daripada risalah Israk mikraj,keluaran Unit Dakwah Kepimpinan,KPM)

0 comments:

 
©  free template by Blogspot tutorial