Berita Semasa

Sunday, July 24, 2011

Siri Kuliah Subuh



Sepuluh tanda sebelum Berlaku Kiamat


Dalam Kuliah Subuh pada Ahad (24hb.Julai 2011) di Surau Al-Islamiyyah,Kg.Muhibbah ,saya membicarakan tentang 10 tanda sebelum berlaku Kiamat berdasarkan hadis :"Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a ,beliau berkata :datang kepada kami Rasulullah s.a.w dan pada ketika itu sedang berbincang ,lalu Baginda bersabda:apa yang kamu perbincangkan?kami menjawab;kami sedang berbincang tentang hari kiamat.Lalu Nabi s.a.w bersabda "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh tanda,kemudian baginda menyebutnya keluar asap,dajjal,binatang merangkak,matahari terbit di tempat terbenamnya,turunnya Isa bin Maryam a.s,Yakjuj dan makjuj,tiga kali gempa bumi, sekali di timur,sekali di barat dan ketiga di Semenanjung Arab, yang paling akhir adalah api yang keluar dari arah Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka "(riwayat Muslim)


- Riwayat Muslim dari hadis Al-Ala' dari ayahnya dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda " Bergegaslah melakukan amal kebajikan sebelum datangnya Dajjal,Kabut,binatang melata,hari kiamat dan kematian salah satu dari kamu "(riwayat Ibnu Majah dan Abu daud).


- Sepuluh tanda tersebut ialah ;


1). Keluarnya 'Dukhan'(asap) di bumi .

2). Munculnya Dajjal yang akan membawa kerosakan dan kejahatan.

3). Keluarnya 'Dabbah'iaitu binatang besar yang merangkak yang boleh berkata-kata.

4). Matahari terbit di sebelah Barat iaitu di tempat ia terbenam.Maka pada saat itu,

Allah Taala tidak lagi menerima iman orang yang kafir dan taubat bagi orang yang berdosa.

5). Turunnya nabi Isa a.s ke bumi yang akan berdamping dengan Imam Mahdi memerintah

dunia dan membunuh Dajjal.

6). Keluarnya Yakjuj dan Makjuj dari puncak gunung yang akan membuat kerosakan dan huru-

hara.

7). Berlakunya gempa bumi di sebelah Timur.

8). Berlakunya gempa bumi di sebelah Barat.

9). Berlakunya gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab.

10).Terbit api yang besar dan marak menyala dari arah negeri Yaman.


-Pengajaran :


* Kepercayaan kepada hari kiamat merupakan salah satu daripada bahagian Iman yang wajib diterima dan diyakini oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah Taala.

* Penjelasan dan peringatan Rasulullah s.a.w tentang hari kiamat adalah satu iktibar penting kepada seluruh umat manusia supaya sedar bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja dan hari akhirat adalah tempat yang abadi.

* Keghairahan manusia mengejar dunia,pangkat dan harta tidak akan sampai ke penghujungnya kerana apa yang dikejar akan hancur musnah bersama kehancuran diri mereka sendiri.


(Dipetik daripada kitab "An-Nihayah Fil Fitan wal Malahim"karangan Ibnu Kathir)

0 comments:

 
©  free template by Blogspot tutorial